Saturday, 15 December 2012

Intro

Asalamualaikum, salam sejahtera..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah..kerana dengan izin serta kehendakNya, usaha untuk menubuhkan WAN TAMPI ENTERPRISE terlaksana juga walaupun pada awalnya berbagai halangan yang tidak disangka muncul.  Bagaimanapun berkat kesabaran dan istiqomah serta tawakal kepada Allah, akhirnya WAN TAMPI ENTERPRISE berjaya ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 3 Disember 2012 dengan no pendaftaran KT0318799-D.

                     deretan nyiru yang diperbuat dari rotan dan buluh dengan ayaman 'tulang belut'

TAMPI? Apa sebenarnya TAMPI? Mungkin soalan lazim bagi siapa yang pertama kali mendengar perkataan ini.  “Encik nak tampi gapodio nih..”  sepontan saya di soal oleh Pembantu Tadbir hitam manis berdagu lekuk yang bertugas di kuanter SSM Kota Bharu semasa menyemak borang pendaftaran WAN TAMPI. Sepontan juga saya menjawab  “Tampi pitih la dik..bia hok besa buleh ke kito..”


Kalau ada padi gugur,
     Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
     Dalam tidur kita bermimpi.

Seperti maksud pembayang pantun lama di atas, tampi sebenarnya adalah kata kerja.  Menurut kamus dewan pula, tampi atau menampi membawa maksud membersihkan beras (padi, kacang dll) dengan nyiru yang digerakkan turun dan naik. Sehubungan itu, tampi membawa maksud pegerakan kerja yang mengunakan alat bernama nyiru (juga di sebut sebagai badang, ayakan, tampian, tampah atau penampi) bagi memilih dan mengasingkan yang besar dari yang kecil, memilih yang elok dari yang tak elok dan mengasingkan padi dari hampa (padi yang tidak mengandungi isi) serta membersihkan antah dari beras.  Itu lah tampi dan peranannya yang mungkin asing bagi generasi sekarang tetapi tidak bagi kami yang dilahirkan sebelumnya.
                    Nyiru yang digunakan sebagai penampi bagi mengasingkan padi dari hampanya

Mengambil ilham pentingnya peranan tampi dalam masyarakat, WAN TAMPI ENTERPRISE ditubuhkan dengan hasrat berperanan sebagai pemudahcara kepada pelanggang-pelanggan yang memerlukan, termasuk dari agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta serta orang perseorangan.

Antara bidang atau jenis perniagaan yang di tawarkan adalah sebagai pembekal peralatan pertanian dan ternakan, jentera-jentera berat, peralatan dan perkakasan domestik, mesin dan kelangkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, pump/paip air dan kompenen, motosikal dan motosikal roda tiga, kejuruteraan elektrik dan elektronik, motor dan alat ubah (termasuk alatan ganti) serta peralatan merin.

Peringkat menjalankan aktiviti awalnya, WAN TAMPI ENTERPRISE akan memberi tumpuan kepada pembekalan peralatan dan perkakasan domestik dengan fokus utamanya adalah pembekalan mesin jahit berjenama.  Insyaallah, secara tertib WAN TAMPI ENTERPRISE akan bersaing secara bersih dengan lain-lain syarikat dengan menyediakan khidmat bekalan yang yang baik, barangan berjenama dan berkualiti dengan harga yang kompetatif. Yakin mampu dilaksanakan kerana WAN TAMPI ENTERPRISE  bukan ditubuhkan semata-mata berkiblatkan keuntungan tetapi ada yang lebih penting dari itu. Sama-sama kita berdoa semoga WAN TAMPI ENTERPRISE terus maju dan berjaya.

Insyaallah dalam post yang akan datang WAN TAMPI ENTERPRISE akan menampilkan gambar-gambar serta speksifikasi mesin jahit yang ditawarkan.  Kami yakin harga kami adalah yang terendah tanpa mengenepikan kualitinya juga.

biar lama tertampi-tampi,
agar gugur yang bukan padi;
tampi bukan sebarang tampi,
tampi niat untuk menguji.




No comments:

Post a Comment