Alhamdulillah, syukur kepada
Allah..kerana dengan izin serta kehendakNya, usaha untuk menubuhkan WAN TAMPI ENTERPRISE terlaksana juga walaupun pada awalnya berbagai
halangan yang tidak disangka muncul. Bagaimanapun berkat kesabaran dan istiqomah serta tawakal kepada Allah, akhirnya WAN
TAMPI ENTERPRISE berjaya ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 3
Disember 2012 dengan no pendaftaran KT0318799-D.
TAMPI? Apa sebenarnya
TAMPI? Mungkin soalan lazim bagi siapa yang pertama kali mendengar perkataan ini. “Encik nak tampi gapodio
nih..” sepontan saya di soal oleh
Pembantu Tadbir hitam manis berdagu lekuk yang bertugas di kuanter SSM Kota Bharu semasa menyemak borang pendaftaran
WAN TAMPI. Sepontan juga saya menjawab “Tampi pitih la dik..bia hok besa buleh ke
kito..”
Kalau ada padi gugur,
Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
Dalam tidur kita bermimpi.
Bolehlah kita tampi-tampi;
Kasih terlupa antara tidur,
Dalam tidur kita bermimpi.
Seperti maksud pembayang pantun
lama di atas, tampi sebenarnya adalah kata kerja. Menurut kamus dewan pula, tampi atau menampi
membawa maksud membersihkan beras (padi, kacang dll) dengan nyiru yang digerakkan
turun dan naik. Sehubungan itu, tampi membawa maksud pegerakan kerja yang
mengunakan alat bernama nyiru (juga di sebut sebagai badang, ayakan, tampian,
tampah atau penampi) bagi memilih dan mengasingkan yang besar dari yang kecil, memilih
yang elok dari yang tak elok dan mengasingkan padi dari hampa (padi yang tidak
mengandungi isi) serta membersihkan antah dari beras. Itu lah tampi dan peranannya yang mungkin
asing bagi generasi sekarang tetapi tidak bagi kami yang dilahirkan sebelumnya.
Nyiru yang digunakan sebagai penampi bagi mengasingkan padi dari hampanya
Mengambil ilham pentingnya
peranan tampi dalam masyarakat, WAN TAMPI ENTERPRISE ditubuhkan dengan hasrat
berperanan sebagai pemudahcara kepada pelanggang-pelanggan yang memerlukan, termasuk dari agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta serta orang perseorangan.
Antara bidang atau jenis
perniagaan yang di tawarkan adalah sebagai pembekal peralatan pertanian dan
ternakan, jentera-jentera berat, peralatan dan perkakasan domestik, mesin dan
kelangkapan bengkel, mesin dan kelengkapan khusus, pump/paip air dan kompenen,
motosikal dan motosikal roda tiga, kejuruteraan elektrik dan elektronik, motor
dan alat ubah (termasuk alatan ganti) serta peralatan merin.
Peringkat menjalankan aktiviti awalnya, WAN
TAMPI ENTERPRISE akan memberi tumpuan kepada pembekalan peralatan dan
perkakasan domestik dengan fokus utamanya adalah pembekalan mesin jahit
berjenama. Insyaallah, secara tertib WAN
TAMPI ENTERPRISE akan bersaing secara bersih dengan lain-lain syarikat dengan
menyediakan khidmat bekalan yang yang baik, barangan berjenama dan berkualiti
dengan harga yang kompetatif. Yakin mampu dilaksanakan kerana WAN TAMPI
ENTERPRISE bukan ditubuhkan semata-mata
berkiblatkan keuntungan tetapi ada yang lebih penting dari itu. Sama-sama kita berdoa semoga WAN TAMPI
ENTERPRISE terus maju dan berjaya.
Insyaallah dalam post yang akan datang WAN TAMPI ENTERPRISE akan menampilkan gambar-gambar serta speksifikasi mesin jahit yang ditawarkan. Kami yakin harga kami adalah yang terendah tanpa mengenepikan kualitinya juga.
biar lama tertampi-tampi,
agar gugur yang bukan padi;
tampi bukan sebarang tampi,
tampi niat untuk menguji.
agar gugur yang bukan padi;
tampi bukan sebarang tampi,
tampi niat untuk menguji.